TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR



  

Image result for pengurusan dan pembelajaran kps


       Pendahuluan
    Tajuk ini memberikan penekanan terhadap dua subtopik iaitu perspektif multidisiplin pengurusan pembelajaran dan kajian-kajian pengurusan pembelajaran pelajar. Multidisiplin merujuk kepada kepelbagaian bentuk yang dialami oleh para pelajar dalam melaksanakan pendidikan di dalam sesebuah negara seperti bidang ekonomi, agama dan sains. Dalam hal ini, guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah.  Guru bertanggungjawab untuk merancang, mengelola, mengawal dan mengarah. Dalam aspek merancang ini, sebagai contoh guru berperanan untuk merancang objektif pelajaran, strategi dan kaedah pengajaran, merancang bahan-bahan pengajaran serta susunan fizikal bilik darjah.
      Dalam aspek mengelola pula, guru bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah, aktiviti murid, aktiviti kumpulan dan kaedah fizikal dan kemudahan. Bagi aspek mengawal pula, guru perlu mengawal peraturan bilik darjah, untuk memastikan tiada masalah disiplin dan mengawal murid yang mempunyai masalah peribadi. Seterusnnya, aspek mengarah memerlukan guru untuk mengarahkan murid menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Murid harus mematuhi disiplin di dalam bilik darjah dan mengarahkan murid untuk menguruskan tugas harian bilik darjah.
      
     Isi-isi penting
      Menurut tokoh, Muhammad Bustaman dan Abd Rahman Rashid pengurusan pembelajaran
      adalah
              Pengurusan masa guru yang berkesan 
              Kaedah pembelajaran semasa 
              Teknik pengajaran yang sesuai dengan keadaan semasa     pembelajaran. 

     Selain itu, dalam aspek persediaan rancangan kerja. Guru perlu membuat perancangan terlebih dahulu sebelum mengajar iaitu Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang sesuai agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah. Hal ini bagi membolehkan guru tersebut lebih bersedia untuk mengajar.
      Pengajaran terdiri daripada bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dapat melancarkan proses pengajaran. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.


      Rumusan

      Kesimpulannya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah sangat penting
      dalam membawa kepada kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan
     sebagai sorang guru adalah dipenuhi dengan tanggungjawab, maka apabila suatu tugasan itu diuruskan dengan baik maka sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik



Comments