Pendahuluan
Pengurusan
penasihatan mempunyai tiga komponen yang penting iaitu bimbingan, penasihatan
dan mentoring. Pertamanya menurut Crow & Crow (1960) konsep bimbingan
bermaksud bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai
kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya adalah untuk
menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung
akibatnya sendiri. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan
perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk
mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Keduanya adalah konsep penasihatan.
Menurut Zuraidah (1994) memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah
tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Gibson & Mitchell
(1999) nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan
berguna. Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan,
mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Konsep
yang ketiga adalah konsep mentoring. Mentoring mengambarkan wujudnya
perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan
individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee. Menurut
Fletcher (2000) mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee)
supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang
melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping
mengurus dan mengarahkan.
Isi-isi
penting

Di
samping itu, proses bimbingan, penasihatan dan juga mentoring adalah sangat
penting dan mempunyai urutan yang tertentu. Proses bimbingan dan penasihatan
mempunyai lima fasa. Fasa 1 ialah kesedaran guru sebagai pembimbing dan
penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu
perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar
pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka
berbanding guru yang tidak mengajar. Mereka perlu disedarkan tentang
kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber
rujukan pelajar. Fasa 2 adalah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan
penasihatan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa
kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel
khas. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat
dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.
Fasa
3 adalah proses mengenali pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi
kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar
yang memerlukan bimbingan dan penasihatan. Antara teknik atau kaedah
yang boleh digunakan oleh guru untuk tujuan mengumpul maklumat tentang pelajar
yang menerima perkhidmatan bimbingan ini ialah teknik ujian, temubual, soal
selidik, teknik sosiometrik, teknik skala pemeringkatan, teknik autobiografi
dan rekod kesihatan. Fasa 4 adalah proses membimbing pelajar Secara khususnya,
pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara
individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu
bapa. Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing
lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar
merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru. Manakala bimbingan
kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti
program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal. Fasa 5 adalah
analisis penilaian. Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan
penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan. Hasil analisis ke atas
pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak
berjaya dibimbing. Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa
berikutnya jika perlu.
Proses
mentoring pula mempunyai empat proses. Proses yang pertama ialah menjalin
perhubungan. Mentor perlu merikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina
perhubungan yang dikehendaki. Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang
sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya timbul rasa saling
mempercayai. Jika ini berlaku dengan baik maka proses mentoring akan menjadi
satu aktiviti yang mudah dan bermakna. Langkah seterusnya adalah
untuk mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/ perjanjian
yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring.
Perjanjian meliputi penyediaan jadual untuk sesi
mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring. Wujudnya
perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Proses ketiga
merupakan perkembangan professional mantee.
Rumusan
Ini
merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan
mentoring itu sendiri. Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah
menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring
supaya matlamatnya tercapai. Pada ketika ini juga, perlu ada usaha
untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka. Proses
yang akhir adalah menamatkan perhubungan. Proses mentoring berakhir apabila
matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. Perhubungan
mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian positif iaitu satu
transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. Mentoring tidak
sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula , perhubungan
mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal.
Comments
Post a Comment