Menurut
Kamus Dewan (4th Edition) pelbagai bermaksud perihal pelbagai jenis. Budaya
pula ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi, cara
berfikir, berkelakuan, dan sifat budaya yang mengenai kebudayaan sudah maju
akal budi. Ini adalah definisi daripada segi bahasa tetapi apa itu “pelbagai
budaya”. Satu sistem kepercayaan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati
kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat,
mengakui dan menghargai perbezaan social-budaya dan menggalakkan dan menerima
sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklisif dalam
organisasi atau masyarakat. Pelbagai budaya adalah seni untuk mengurus
kepelbagaian dan Malaysia merupakan satu masyarakat pelbagai budaya. Guru pula
agen untuk mencapai keharmonian dalam masyarakat pelbagai budaya. Menurut
Gorski (2002) multicultural education is a progressive approach for
transforming education that holistically critiques and addresses current
shortcomings, failings and discriminatory practices in education. Selain itu
terdapat juga perbezaan individu dalam konsep pelbagai budaya. Manusia memang
berbeza antara satu sama lain dan guru perlu sedar hakikat ini. Terdapat guru
yang mengajar pelajar seolah-olah semuanya sama tahap, seperti kebolehan,
kesediaan, motivasi dan jangkaan yang sama. Semua pelajar adalah berbeza dari
segi minat, gaya pembelajaran dan jangka masa yang diperlukan untuk belajar.
Isi-isi
penting
Sekolah
memikul tanggungjawab memastikan sama ada struktur program mereka responsif
terhadap kepelbagaian pelajar, Caranya adalah melalui pendidikan inklusif.
Pendekatan pendidikan inklusif adalah satu model untuk sekolah-sekolah
menangani ciri kepelbagaian di kelas biasa. Menurut Sabri Salleh, Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan (1996), Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan
khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan
pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam
kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.
Pendidikan
inklusif bermaksud usaha untuk mengintegrasikan pelajar secara individu.
Pendidikan inklusif juga jadi satu falsafah sekolah dan sudah menjadi
tanggungjawab pengurusan sekolah untuk mengamalkannya. Dalam pendidikan inklusif,
beberapa perubahan perlu dilakukan terutamanya peranan sekolah khas iaitu
membuka peluang kepada pelajar OKU dan sebagai pusat rujukan dan perundingan
serta bekerjasama dengan sekolah biasa untuk menjayakan pendidikan inklusif
serta menjalankan kursus pengembangan staf atau kursus-kursus dalam
perkhidmatan guru biasa. Peranan atau implikasi pendidikan inklusif
kepada guru ialah memerlukan bantuan dan sokongan guru-guru lain di
sekolah dan guru-guru khas. Kesepaduan tenaga dan pemikiran tersebut mengurangkan
pergantungan kepada pendekatan pengasingan. Guru perlu menukar cara bekerja
sendirian kepada cara kolaboratif iaitu cara berkumpulan dan sentiasa
bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.
Di
samping itu, tujuan pendidikan pelbagai budaya iaitu mengajar pelajar
mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa,
kelas sosial, gender, agama, keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan
orientasi seksual. Selain itu menanam di kalangan pelajar rasa tanggongjawab
dan komited kepada tugas dan amanah dalam masyarakat yang demokrasi,
saksama dan adil supaya sedar akan perlu keadilan sosial dalam masyarakat.
Seterusnya prinsip pendidikan pelbagai budaya pula pelajar dan guru sentiasa
ada harga diri, integreti, jujur, benar serta bermaruah. Tambahan pula, konsep
pendidikan pelbagai budaya ialah guru seharusnya memberi penekanan kepada
kajian tentang etnik yang meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta
sumbangan mereka kepada masyarakat.
Selain
itu, memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh
kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas serta meneliti kesukaran
dialami oleh kelompok ditindas serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh
kelompok ditindas. Selain itu, melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu
proses yang memberi penekanan kepada aspek intrisik sesuatu budaya juga
terhadap bagaimana budaya mempengarohi P&P untuk mendapat
pelajar melalui cara yang adil, berintegreti dan tidak bias. Semua
boleh dicapai jika P&P setiap kursus perlu ada fakta-fakta sejarah dan
peristiwa penting dan menekan usaha untuk memahami keadaan semasa termasuk
tingkah laku setiap insan. Matlamat pendidikan pelbagai budaya hendaklah untuk
membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam masyarakat
pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial” dan juga dipanggil
“cross-culture” atau “multicultural skills” (pengetahuan, kemahiran
dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap
segala jenis perbezaan.
Seterusnya,
implikasi dan cabaran pendidikan pelbagai budaya. Pendidikan adalah satu
proses evolusi yang berubahan secara berterusan. Proses ini merupakan satu
pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru. Bagi menghadapi
perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti
maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah iatu
melalui program perguruan asas/pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran pendidikan
guru di maktab dan universiti perlu disemak semula untuk menekankan
komponen kepelbagaian pelajar dari pemahaman konsep dan kaedah. Struktur dan
organisasi sekolah yang mendokong falsafah inklusif dan keterampilan guru untuk
berfungsi dalam bentuk mod kolaboratif. Kaedah yang kedua adalah melalui kursus
dan perkhidmatan. Kursus dalam perkhidmatan dilakukan secara berterusan untuk
membantu para guru menangani perubahan secara berkesan. Isi
kandungan kursus perlu diasaskan kepada kumpulan sasaran serta
aspek2 perubahan, penguasaan kemahiran baru dan peneguhan kemahiran
yang sedia ada. Kaedah yang ketiga adalah dengan mengadakan program
pengembangan staf berpusatkan sekolah.
Rumusan
Kesimpulanya, guru merupakan aset penting dalam
pembentukan pelajar yang pelbagai budaya. Seseorang guru itu haruslah berusaha
dalam menangani masalah pelajar-pelajarnya yang datang dari pelbagai sudut dan
aspek. Guru perlu bersifat “Multicultural”.
Comments
Post a Comment