Pendahuluan
Tingkah
laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur,
dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal
sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker
(2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak,
secara sedar atau separa sedar. Manakala, tingkah laku bermasalah disebut
sebagai ‘abnormal behaviour’, iaitu tingkah laku yang terkeluar dari nilai dan
norma masyarakat. Konsepnya bertentangan dengan tingkah laku normal yang
lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat. Mohd Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah
individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya. Menurut
Robert H. Woody di dalam bukunya yang berjudul ‘The School and the Behavior
Problem Child’ menyatakan semua tingkah laku di sekolah dapat diperlihatkan
dalam pelbagai bentuk dan ragam.
Faktor
pengurusan tingkah laku disiplin
1. Pentadbiran
Menurut Newman (1963), dalam bukunya yang bertajuk
Administrative Action, beliau mendefinisikan pentadbiran sebagai satu
bimbingan, kepimpinan dan kawalan daya usaha kumpulan pekerja kearah pencapaian
matlamat. Bagi Walker (1977), mendefinisikan pentadbiran sebagai satu proses
untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti organisasi melalui pembentukan matlamat
dan polisi dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya.
Dalam hal pengurusan disiplin sekolah, setiap peringkat
pentadbir dan guru-guru mempunyai kuasa, tugas dan tanggungjawab yang agak
berbeza, tetapi saling melengkapi. Di sekolah, dengan adanya Peraturan 4 dalam
Peraturan-peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah (1959), Guru Besar sesebuah
sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah. Sehubungan itu, beliau
hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.
2. Akta
Dalam konteks peraturan dan disiplin dalam sekolah di
Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama (James Ang Jit Eng,
2011). Pertama, peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu
peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116,
Ordinan Pelajaran 1957. Kedua, buku-buku panduan pengurusan disiplin yang
diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketiga, surat-surat
Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
secara berkala. Dalam konsep akta ini menekankan dan menfokuskan seksyen 116
Ordinan Pelajaran 1957.
3. Pekeliling
Ikhtisas
Pekeliling Ikhtisas merupakan satu Warta Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke
semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu
tugasan dan perkhidmatan. Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh
penjawat awam. Antara tujuan Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan adalah kerana ia
merupakan satu peringatan dan langkah kawalan dan pencegahan bagi tujuan
penjimatan dan salah guna dan juga merupakan satu arahan dan garis panduan
dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan serta sebagai satu peraturan
dan perlindungan. Antara sasaran Pekeliling Ikhtisas adalah kepada pelajar, guru,
pentadbir (sekolah,PPD,JPN) dan ibu bapa.
4. Pembentukan
Peraturan Sekolah
Peraturan sekolah merupakan suatu persetujuan yang
dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah
laku manusia yang berada di dalamnya. Istilah peraturan dapat didefinisikan
sebagai undang- undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman,
keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti- aktiviti dalam masyarakat atau
sekolah. Tujuan peraturan ini dibuat adalah bagi mengawal tingkah laku disiplin
dan melicinkan perjalanan kehidupan warga sekolah supaya proses pembentukan
jati diri dan pendidikan berjalan lancar tanpa wujud sebarang gangguan. Setiap
pelajar dan guru dibekalkan buku peraturan sebagai panduan dalam mematuhi
peraturan sekolah.
5. Data
dan Rekod
Menurut Hoffer (2005), data merupakan sesuatu yang
mewakilkan objek dan peristiwa yang mewakili erti dan sangat penting bagi
pengguna. Manakala, Navatha dan Elmasri (2000) pula menyatakan data ialah fakta
yang dapat disimpan dan memiliki erti. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa
data ialah fakta mentah mengenai sesuatu benda, orang, peristiwa atau
persekitaran yang belum diproses dan boleh menjadi sesuatu yang bermakna atau
tidak bermakna sehingga fakta tersebut diproses. Bagi istilah rekod pula,
menurut Akta Arkib Negara (2003), “Rekod ditafsirkan sebagai suatu bahan dalam
bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa atau
selainnya merakamkan maklumat, termasuklah kertas, dokumen, daftar, bahan bercetak,
buku, peta, pelan, lukisan, gambar foto, mikrofilem, filem sinematografi,
rakaman bunyi, rekod yang dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk
atau ciri-ciri fizikal dan apa-apa salinannya”.
6. Hukuman
Dan Tindakan
Hukuman
boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.
Tindakan pula adalah langkah yg diambil untuk mengelakkan atau mengatasi
sesuatu.Peraturan 4, dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )
1959, Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab keatas hukuman dan tindakan
disiplin di sekolah dan beliau mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan
murid-murid di sekolah itu.Walau bagaimana pun, di bawah peraturan-peraturan
tersebut Guru Besar diperuntukkan untuk menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan
hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu dan dalam
menurunkan kuasa itu tertakluk kepada syarat-syarat atau had-had yang
difikirkannya patut.
7. Program
Berkaitan Pengurusan Tingkah Laku Disiplin
Pelaksanaan program-program mengatasi masalah disiplin
merupakan salah satu inisiatif pihak sekolah untuk mengawal disiplin pelajar di
sekolah.Walau bagaimanapun,program-program ini tidak akan mencapai objektifnya
jika pelajar tidak menghayati mesej-mesej yang disampaikan dalam program
tersebut. Untuk memastikan masalah disiplin di kalangan pelajar ini
dibincangkan bersama ibu bapa.Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat
bertajuk “Masalah Salahlaku Murid dijadikan Agenda Tetap Mesyuarat Agung dan
Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG).Surat tersebut juga
mencadangkan agar PIBG menubuhkan satu jawatankuasa kecil khas untuk tujuan
ini.
Rumusan
Bidang pendidikan merupakan antara bidang yang penting
dalam sesebuah negara. Pembangunan pendidikan tidak dapat lari daripada
pembangunan murid itu sendiri kerana murid atau murid merupakan subjek sepada
pendidikan itu. Dalam hal ini, faktor pengurusan tingkah laku murid harus
diambil berat kerana murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri
mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa.
Comments
Post a Comment