Pendahuluan
Pengurusan
ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan
dilaksanakan secara sistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.
Pengurusan juga terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sesebuah kumpulan
yang terdiri daripada satu atau lebih entiti untuk tujuan menyelaras dan
mengharmonikan kumpulan tersebut bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah
dirancangkan (Buck, 2010). Abdul Aziz Yusof (2004, 2007) menyatakan bahawa
pengurusan merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi
pengurusan. Antara fungsi pengurusan termasuklah proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta
menggunakan sumber-sumber yang lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
yang telah ditetapkan.
Sumber pula merujuk
kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta dimanfaatkan oleh manusia dalam
aktiviti ataupun kegiatan seharian. Sumber terdiri daripada pelbagai kategori
iaitu sumber alam atau semulajadi, sumber manusia, kewangan dan teknologi.
Kategori sumber ini digunakan manusia secara langsung untuk proses kelangsungan
hidup dan mempunyai perkaitan dengan definisi pengurusan tadi. Oleh sebab itu,
pengurusan sumber boleh ditakrifkan sebagai bagaimana manusia mengorganisasikan
sumber yang ada melalui proses merancang, memimpin dan mengawal untuk mencapai
sesuatu matlamat. Dari aspek pembelajaran berasaskan sumber pula, kemahiran
mengurus sumber adalah sangat penting bagi menjelaskan sesuatu fakta,
membuktikan kesahihan sesuatu fakta dan menyatakan kebenaran fakta berkenaan
agar tidak menyimpang atau menyerong dengan etika dan norma-norma masyarakat.
Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu mengajar yang digunakan dalam
membantu proses pembelajaran guru. Antara sumber yang digunakan ialah bahan
bercetak, bahan teknologi maklumat dan juga bahan maujud. Walaupun jenis-jenis
ini mempunyai ciriyang berbeza, namun ianya boleh digunakan bagi memastikan
murid- murid memahami akan isi kandungan pelajaran serta mencapai objektifnya.
Isi-isi penting
FUNGSI SUMBER PEMBELAJARAN
· Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk
keperluan kurikulum dan kokurikulum
· Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang
boleh digunakan dalam proses pembelajaran
· Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum
digunakan
· Mendapat panduan mencari, mengguna, menghasil, dan
mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum
· Penggalak aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
Rumusan
Sebagai kesimpulannya, pengurusan
sumber merupakan salah satu cara mempelbagai sumber pelajaran yang dapat
digunakan oleh guru untuk menarik minat dan perhatian pelajar, antaranya adalah
menggunakan perkhidmatan pusat sumber sekolah sebagai medan pembelajaran yang
berkesan. Justeru itu, dengan adanya kemudahan yang disediakan oleh pihak
sekolah ini dapat memberi motivasi kepada pelajar agar dapat menjana minda
mereka untuk lebih menerokai dan memahami mengenai ilmu pengetahuan yang diajar
oleh guru mereka. Selain itu, pengurusan sumber ini
menuntut kepakaran guru untuk mencari dan mengenal pasti sumber yang berkesan
dalam pembelajaran seperti bahan bercetak, bahan teknologi maklumat, dan bahan
maujud supaya keberkesanan dalam pembelajaran itu dapat dibuktikan.
Comments
Post a Comment