BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH



Pendahuluan
Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur sunsun atur fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi di kalangan pelajar dan guru. Antara pendekatan yang digunakan dalam pengurusan bilik darjah di sekolah ialah dengan menetapkan peraturan dalam bilik darjah yang telah dipersetujui oleh pelajar. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru mengambil kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur menjawab pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Dengan wujudnya peraturan, ia akan memudahkan guru mengawal tindak tanduk pelajar.

Isi-isi penting
Jenis-jenis bilik darjah:
             i.            Bilik Darjah Tradisi 
-     Bilik darjah tradisi di Negara kita telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program ‘kokurikulum lama sekolah rendah’ dan ‘ kokurikulum lama sekolah menengah’ yang telah diperkenalkan

           ii.            Bilik Darjah terbuka 
-          Murid-murid akan menentukan dan merancang aktiviti P&P sendiri. 
-          Pengajaran guru dikurangkan pada peringkat yang minimum.




         iii.            Bilik Darjah Bercantum 
-      Kelas Bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih daripada Satu Tahun Persekolahan. 
-     Misalnya, sebuah Kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada Dua Tahun Persekolahan (Tahun 1 dan Tahun 2) atau Tiga
-        Tahun Persekolahan iaitu (Tahun 1, 2, dan 3). 

         iv.            Bilik Darjah Prasekolah 
-  Pendidikan Prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanak-kanak berumur 4-6 tahun sebelum mereka memulakan alam persekolahan secara formal di Sekolah Rendah. 
-  Pendidikan Prasekolah penting untuk menyuburkan perkembangan kanakkanak dari segi JERIS melalui aktiviti Pembelajaran dan Permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh mereka. 
Rumusan

Antara strategi pengurusan murid adalah seperti perancangan murid, perancangan bilik darjah dengan wujudkan suasana kondusif dan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan teknologi terkini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan senaman untuk menghilangkan mengantuk pelajar. Selanjutnya, guru juga perlu membina dan menjaga hubungan baik dengan pelajar. Dalam menguruskan pelajar, guru perlu bersabar dan banyak bertolak ansur untuk memenangi hati pelajar agar pelajar lebih menghormati guru mereka. Guru juga perlu menitikberatkan ketrampilan penyampaian ketika memulakan sesi pengajaran di bilik darjah. Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh seorang guru pelatih dalam menarik minat serta merangsang pelajar supaya menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan guru sebagai pendidik mereka. Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah merupakan asas penting bagi seorang guru sebelum mereka ingin menyampaikan sesuatu pengajaran. Pengurusan bilik darjah yang sistematik dan teratur akan memudahkan proses PDP dan memberi keselesaan kepada murid dan guru. 

Comments