Pendahuluan
Berdasarkan
Kamus Dewan Edisi keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan
mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga selau dikenali
sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak.Pada mulanya fungsi sekolah
itu terbatas pada beberapa kecekapan (seperti membaca, menulis dan berhitung),
tetapi kerana kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi menyebabkan sekolah
tidak hanya mengajarkan menulis, membaca, dan berhitung tetapi juga
keterampilan tertentu dan mata pelajaran yang lain. Persekitaran pula membawa
maksud kawasan disekeliling suatu tempat.Persekitaran sekolah merujuk kepada
suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah
sekolah.Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di
sekolah.
Isi-isi
penting
Pekitaran
psikososial
·
Suasana selesa dan mesra
· Suasana yang merangsang pembelajaran
· Menggalakkan pembelajaran
koperatif
· Bebas daripada ancaman dan bahaya
fizikal
· Memberi peluang yang sama kepada
semua murid
Hubungan
sekolah & masyarakat
Sekolah
merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada
masyarakat dan persekitaran.Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya
generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.Sekolah
mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran
dan kehendak masyarakat.Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik,
terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak
luar.
Hubungan
sekolah & ibu bapa (PIBG)
·
Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan
guru
·
Membantu dalam memajukan
perkembangan murid
·
Menjaga kebajikan murid
·
Menambah sumber kewangan
sekolah
·
Meningkatkan keceriaan
premis sekolah
·
Menjayakan aktiviti dan program
pendidikan
Rumusan
Hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan
antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar
juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek
jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).Ibu bapa dapat membantu mencapai matlamatsekolah malah
pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan
daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS).
Comments
Post a Comment