Pendahuluan
Pengurusan
murid pelbagai upaya membincangkan
bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.
Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan
sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi
dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.
Isi-isi penting
Konsep
permulihan
Definisi
ialah merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang
mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan
mengira.Menurut Tansley (1967) konsep pemulihan merupakan„ ..satu bentuk
pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.‟
Konsep
pengayaan
Definisi
ialah melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan
kemahiran asas.Selain itu,pelajaran dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti
tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
Konsep
keperluan khas
Menurut
Garciulo (2003)“individuals who differ from societal or community standards of
normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory,
cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require
educational program customized to their unique needs”.
Konsep
pintar dan cerdas
Menurut
Ross (1993), pelajar pintar cerdas didefinisikan sebagai pelajar yang dikenal
pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau sekolah menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang
lain.
Teori
kecerdasan pelbagai
Diasaskan
oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.Menurut beliau kecerdasan bukanlah
diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor
pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana
pembelajaran.Terdapat 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan
individu :
·
Kecerdasan Logik-Matematik
·
Kecerdasan Verbal-Linguistik
·
Kecerdasan Muzik
·
Kecerdasan Kinestetik Badan
·
Kecerdasan Interpersonal
·
Kecerdasan Intrapersonal
·
Kecerdasan Ruang Visual
·
Kecerdasan Naturalis
·
Kecerdasan Eksistensialis
Rumusan
Secara
keseluruhannya, pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada
kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang
realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya.Pengurusan
murid merupakan suatu bidang yang penting di sekolah

Comments
Post a Comment