Interaksi adalah tindakan atau
perhubungan aktif antara satu sama lain iaitu tindak balas antara dua pihak
atau lebih. Menurut Chaplin, interaksi adalah hubungan sosial antara beberapa
individu yang bersifat alami yang individu-individu itu saling memengaruhi satu
sama lain secara bersamaan.
Terdapat beberapa jenis interaksi
yang telah saya pelajari dalam topik yang kedua ini. Antaranya ialah interaksi
dalam bilik darjah. Interaksi ini bermaksud saling bertindak antara satu sama
dengan yang lain. Dalam hal ini, guru perlu menggalakkan interaksi pelajar sama
ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Interaksi di dalam bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan
dan bukan lisan.
Terdapat beberapa bentuk interaksi dalam bilik darjah. Pertama,
interaksi sehala iaitu guru dan pelajar. Pelajar dipaksa untuk menerima apa-apa
sahaja ilmu pengetahuan yang diberikan oleh guru. Pelajar juga tiada kuasa
untuk berinteraksi dengan pelajar lain kerana guru menggunakan pendekatan
autoritarian dalam interaksi ini. Kedua, interaksi dua hala. Interaksi dua hala
berlaku apabila guru bertanya, pelajar akan menjawab dan begitulah sebaliknya.
Interaksi dua hala ini menggalakkan pelajar untuk bertanya jika ada kemusykilan
tentang apa yang mereka pelajari di dalam bilik darjah. Interaksi yang ketiga
pula ialah interaksi kumpulan. Interaksi kumpulan bertujuan untuk
menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). Guru hanya menjadi pemerhati dan
memperbetulkan apa-apa yang perlu sahaja dalam interaksi ini. Melalui interaksi
ini, perhubungan murid dengan murid yang lain dapat dieratkan. Semangat untuk
bekerjasama, toleransi, tolong-menolong di kalangan murid juga dapat dipupuk.
Seterusnya, interaksi pelbagai hala iaitu interaksi di antara guru dengan murid
dan murid dengan murid. Ini merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
bercorak aktif. Perhubungan di antara guru dengan murid juga dapat dieratkan lagi
melalui interaksi ini.
Interaksi di dalam bilik darjah adalah untuk menggalakan komunikasi
antara guru dan murid. Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran
maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej
daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi. Komunikasi
berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar
dengan tepat. Komunikasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu komunikasi lisan dan
komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan melibatkan pemindahan idea menggunakan
bahasa, intosani suara dan dialek yang mudah difahami. Manakala, komunikasi
bukan lisan pula melibatkan ialah pergerakan badan, eye contact dan postur badan.
Kesimpulannya, interaksi dalam bilik darjah adalah pelbagai dan sangat
penting untuk menggalakan para murid untuk turut serta dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini untuk menimbulkan minat dan perhatian murid terhadap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi juga penting untuk tujuan pertukaran
maklumat atau idea di dalam bilik darjah.
Rujukan
Aslina Ahmad, Abdul Malek Abdul Rahman,
Muhammad Bazlan Mustafa, Noraini Ismail, Che Anuar Che Abdullah, Faizura
Rohaizad. (2014). Pembangunan Sahsiah:
Falsafah, Konsep, Teori dan Praktis. ISBN. Malaysia.
Comments
Post a Comment