Pendahuluan
Pengurusan
bilik pembelajaran adalah amat penting dalam pemastikan kelancaran proses
pembelajaran dan pengajaran yang cekap dan berkesan. Bilik darjah merupakan
tempat murid ditempatkan dan disitu juga merupakan tempat dimana proses PDP
dijalankan. Berdasarkan topik ini didapati bahawa faktor yang mempengaruhi
pengurusan bilik darjah ialah faktor fizikal penyusanan bilik darjah dapat
menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagof, persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan
kuasa serta sumber pengajaran guru. Strategik pengurusan bilik pembelajran
meliputi aspek penyusunan tempat duduk pelajar, meja guru dan melakukan rutin
bilik darjah.
Isi-isi penting
Dari
segi bentuk penyusunan kerusi meja pelajar, kedudukan susunan kerusi dan meja
pelajar yang sistematik akan memudahkan para pelajar untuk memberi perhatian
terhadap apa yang sedang diajar oleh guru di dalam bilik darjah. Manakala, meja
guru pula adalah berada di bahagian hadapan kelas dan guru harus berada di
sekitar meja pelajar bagi pembantu dalam proses pembelajaran. Rutin bilik
darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah
dan ianya perlukan dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan.
Interaksi
dalam bilik darjah adalah satu proses saling bertindak yang berlaku di antara
sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia merupakan
orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia jenis interaksi bercorak lisan
seperti interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan
murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala
antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan interaksi komputer.
Kepimpinan dan kaedah mengajar guru
sememangnya adalah amat mempengaruhi suasana bilik darjah. Suasana PDP yang
demokratik menggalakkan pelajar untuk bekerjasama. Guru boleh mempengaruhi
pelajaran secara langsung seperti, sikap selalu marah, memberi arahan dan
terlalu kritikal. Guru yang mempengaruhi pelajar secara tidak langsung adalah
melalui menerima perasaan pelajar tanpa menakutkannya, memuji pelajar dan
menggalakkan mereka menggunakan dan menerima idea pelajar lain.
Rumusan
Terdapat
beberapa elemen-elemen komunkasi yang berkesan dalam PDP. Guru seharusnya seorang
yang bermaklumat dan mempunyai pengetahuan. Berkemahiran berucap dalam
menyampaikan idea. Ini ditentukan oleh elemen-elemen seperti telah menguasai
isi pelajaran; mampu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan,
kontak mata, bahasa badan, sentuhan, merumus isi pelajaran dalam bahasa yang
mudah bersedia berbincang dengan murid. Komunikasi merupakan eleman yang sangat
penting dalam menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan dan lancar.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah haruslah dilakukan melalui kerjasaa
diantara guru dan pelajar bagi memastikan suasana kelas sentiasa ceria dan
selesa lantas dapat mengurangkan masalah disiplin.

Comments
Post a Comment